LG X POWER Schnellstart-Handbuch - Seite 24
Blättern Sie online oder laden Sie pdf Schnellstart-Handbuch für Mobiltelefon LG X POWER herunter. LG X POWER 42 Seiten.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien (bersambung)
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain,
tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi
bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk
10
kerana ini mungkin menjejaskan prestasi bateri.
• Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
• Tanggalkan plag pengecas dari soket dinding setiap kali
selepas peranti dicas sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau
gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan
menyebabkan kebakaran.
Langkah penjagaan apabila menggunakan
kad SIM
• Jangan masukkan kad SIM ke dalam peranti dengan
label atau perekat terlekat. Ini mungkin menyebabkan
kerosakan.