IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual - Página 29

Navegue en línea o descargue pdf Manual para Placa IKEA TILLREDA 604.935.13. IKEA TILLREDA 604.935.13 44 páginas.

IKEA TILLREDA 604.935.13 Manual
BAHASA MALAYSIA
Content

Maklumat keselamatan

Untuk keselamatan anda dan pengendalian alat ini yang
betul, sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum
memasang dan menggunakan alat ini. Simpan arahan ini
bersama dengan alat ini pada setiap masa walaupun anda
berpindah atau menjualnya. Pengguna mesti benar-benar
tahu ciri-ciri pengendalian dan keselamatan alat ini.
Penggunaan yang betul
• Jangan biarkan alat ini tanpa pengawasan semasa
pengendalian.
• Alat ini direka khusus untuk penggunaan di rumah.
• Alat ini direka khusus untuk penggunaan dalam bangunan.
• Alat ini tidak boleh digunakan sebagai permukaan kerja atau
alas penyimpanan.
• Jangan letakkan atau simpan cecair mudah terbakar, bahan
yang sangat mudah terbakar atau objek yang boleh lakur
(contohnya, filem plastik, plastik, aluminium) di dalam atau
berhampiran dengan alat ini.
• Berhati-hati apabila menyambung alat elektrik ke
soket berhampiran. Jangan biarkan wayar sambungan
bersentuhan atau tertindih di bawah alat ini atau bekas
memasak yang panas.
• Jangan lakukan kerja pembaikan sendiri bagi mencegah
kecederaan dan kerosakan kepada alat ini. Sentiasa hubungi
kedai IKEA terdekat anda.
29
32
34
35
35
37
29
38
39
40
40
41