IKEA TILLREDA 604.935.13 Manuel - Page 31

Parcourez en ligne ou téléchargez le pdf Manuel pour {nom_de_la_catégorie} IKEA TILLREDA 604.935.13. IKEA TILLREDA 604.935.13 44 pages.

IKEA TILLREDA 604.935.13 Manuel
BAHASA MALAYSIA
• Selepas menggunakan alat ini, matikan elemen hob
menggunakan kawalannya dan jangan bergantung kepada
pengesan periuk.
• Alat ini bukan bertujuan untuk dikendalikan menggunakan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh yang berasingan.
• Berhati-hati supaya tidak menyentuh elemen pemanas.
• Jika kord bekalan kuasa rosak, ia mesti diganti oleh
pengeluar, Pusat Servis Berdaftar atau individu bertauliah
yang serupa untuk mengelakkan bahaya. Sila hubungi kedai
IKEA yang terdekat.
AMARAN: Sekiranya permukaan retak, matikan alat ini
untuk mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik. Sila
hubungi kedai IKEA yang terdekat.
AMARAN: Alat ini dan bahagiannya yang boleh disentuh
menjadi panas semasa digunakan.
AMARAN: Memasak menggunakan lemak atau minyak di
atas hob tanpa pengawasan adalah berbahaya dan boleh
mengakibatkan kebakaran. JANGAN SEKALI-KALI cuba
memadamkan api menggunakan air, sebaliknya matikan
alat ini, kemudian tutup api, contohnya dengan penutup
atau selimut api.
31