IKEA TILLREDA 604.935.13 Manuale - Pagina 37
Sfoglia online o scarica il pdf Manuale per Piano cottura IKEA TILLREDA 604.935.13. IKEA TILLREDA 604.935.13 44.
BAHASA MALAYSIA
Panduan bekas memasak
Periuk apa untuk digunakan
Hanya gunakan periuk dan kuali dengan
bahagian bawah yang dibuat daripada bahan
feromagnetik yang sesuai digunakan dengan
hob induksi:
• besi tuang
• keluli berlapis
• keluli karbon
• keluli tahan karat (walaupun tidak semua)
• aluminium dengan lapisan feromagnetik atau
plat feromagnetik
Untuk menentukan jika periuk atau kuali sesuai,
lihat simbol
(selalunya dicop pada bahagian
bawah). Anda juga boleh meletak magnet
pada bahagian bawah. Sekiranya ia melekat
di bahagian bawah, bekas memasak akan
berfungsi pada hob induksi.
Untuk memastikan kecekapan optimum,
sentiasa gunakan periuk dan kuali dengan
bahagian bawah rata yang mengagihkan haba
secara rata. Sekiranya bahagian bawahnya tidak
rata, ini akan mempengaruhi konduksi kuasa
dan haba.
Cara untuk menggunakan
Diameter minimum bawah periuk/kuali
untuk kawasan memasak yang berbeza
Untuk memastikan bahawa hob berfungsi
dengan baik, periuk menutup satu atau lebih
titik rujukan yang ditunjukkan pada permukaan
hob dan mestilah dengan diameter minimum
yang sesuai.
Sentiasa gunakan zon memasak yang paling
sesuai dengan diameter bahagian bawah kuali.
Zon memasak
Zon memasak
belakang-tengah
Diameter bekas memasak
yang disyorkan [mm]
120-200
Periuk/kuali kosong atau nipis
Jangan gunakan periuk/kuali kosong atau
nipis di atas hob kerana ia tidak akan dapat
memantau suhu atau mati secara automatik
jika suhu terlalu tinggi, merosakkan kuali atau
permukaan hob. Sekiranya ini berlaku, jangan
sentuh apa-apa dan tunggu sehingga semua
komponen menjadi sejuk.
Jika pesan ralat muncul, lihat
"Penyelesaian Masalah".
Petua/Tip
Bunyi bising semasa memasak
Apabila zon memasak aktif, ia mungkin
berbunyi sebentar. Ini adalah ciri semua zon
memasak kaca seramik dan tidak merosakkan
fungsi atau hayat alat. Kebisingan bergantung
pada bekas memasak yang digunakan.
Sekiranya ia menyebabkan gangguan yang
besar, boleh tukar bekas memasak.
37