LG X POWER Manuale di avvio rapido - Pagina 19
Sfoglia online o scarica il pdf Manuale di avvio rapido per Telefono cellulare LG X POWER. LG X POWER 42.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
• Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori
LG tulen yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu peranti ini. Penggunaan jenis yang lain
boleh mentaksahkan apa jua kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan peranti dan mungkin berbahaya.
• Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza
daripada peranti anda tanpa notis lebih awal.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan
yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
• Matikan peranti di tempat-tempat yang memerlukan
anda berbuat demikian oleh peraturan khas. Contohnya,
jangan gunakan peranti di hospital kerana ia mungkin
mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan yang basah
semasa peranti sedang dicas. Tindakan ini boleh
menyebabkan renjatan elektrik dan peranti mungkin akan
rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah
terbakar kerana peranti akan menjadi panas dan boleh
menyebabkan bahaya kebakaran.
5