IKEA TILLREDA 매뉴얼 - 페이지 38

{카테고리_이름} IKEA TILLREDA에 대한 매뉴얼을 온라인으로 검색하거나 PDF를 다운로드하세요. IKEA TILLREDA 44 페이지. Portable
IKEA TILLREDA에 대해서도 마찬가지입니다: 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (16 페이지), 설치 지침 매뉴얼 (36 페이지), 매뉴얼 (48 페이지), 매뉴얼 (48 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (48 페이지), 매뉴얼 (40 페이지), 매뉴얼 (48 페이지), 매뉴얼 (20 페이지), 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (44 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (36 페이지), 매뉴얼 (8 페이지), 매뉴얼 (36 페이지), 매뉴얼 (44 페이지)

IKEA TILLREDA 매뉴얼
BAHASA MALAYSIA

Penjagaan dan pembersihan

Amaran! Matikan alat ini dan biarkannya
sejuk sebelum membuka sambungannya.
Amaran! Matikan alat ini dan biarkannya
sejuk sebelum anda mencucinya.
Amaran! Atas sebab keselamatan, jangan
cuci alat ini menggunakan penembak stim
atau pencuci tekanan tinggi.
Amaran! Objek tajam dan agen pencuci
yang melelas akan merosakkan alat
ini. Cuci alat ini dan bersihkan sisa
menggunakan air dan cecair pencuci
selepas setiap kali ia digunakan. Bersihkan
juga saki-baki agen pencuci!
Calar atau tompok hitam pada seramik
kaca yang tidak dapat dihilangkan tidak
akan menjejaskan kefungsian alat ini.
Menghilangkan sisa dan saki-baki degil:
• Sisa makanan yang mengandungi gula,
plastik, kertas timah hendaklah dibersihkan
dengan segera. Alat yang paling baik untuk
membersihkan permukaan kaca ialah
pengikis (tidak disertakan bersama alat ini).
Letakkan pengikis di atas permukaan seramik
kaca pada suatu sudut dan bersihkan sisa
dengan menggerakkan mata pengikis di atas
permukaan. Lap alat ini dengan kain lembab
dan sedikit cecair pencuci. Akhir sekali, lap
kering alat ini menggunakan kain yang
bersih.
• Kesan sisik kapur, kesan air, percikan lemak,
pengubahan warna berlogam dan berkilat
hendaklah dibersihkan selepas alat ini sejuk
menggunakan pencuci untuk seramik kaca
atau keluli tahan karat.
38