IKEA tradfri 매뉴얼 - 페이지 17

{카테고리_이름} IKEA tradfri에 대한 매뉴얼을 온라인으로 검색하거나 PDF를 다운로드하세요. IKEA tradfri 24 페이지. Motion sensor
IKEA tradfri에 대해서도 마찬가지입니다: 사용자 설명서 (36 페이지), 조립 지침 매뉴얼 (36 페이지), 조립 지침 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (28 페이지), 매뉴얼 (20 페이지), 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (20 페이지), 빠른 매뉴얼 (36 페이지), 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (8 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (29 페이지), 매뉴얼 (12 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (40 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (24 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (2 페이지), 매뉴얼 (40 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (16 페이지), 매뉴얼 (36 페이지), 매뉴얼 (28 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (2 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 사용 설명서 (8 페이지), 매뉴얼 (24 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (4 페이지), 매뉴얼 (8 페이지), 매뉴얼 (20 페이지), 매뉴얼 (12 페이지), 매뉴얼 (8 페이지), 매뉴얼 (32 페이지), 빠른 시작 매뉴얼 (4 페이지), 매뉴얼 (48 페이지)

IKEA tradfri 매뉴얼
MENGGANTI BATERI
Apabila peremang tanpa wayar kerap diguna dan seperti
dikhaskan, bateri akan tahan selama kira-kira dua tahun.
Apabila tiba masa untuk mengganti bateri, penunjuk LED
berwarna merah akan menyala semasa anda memusing
peremang tanpa wayar ini.
Buka penutup atas, tanggalkan teras dan gantikan bateri
dengan bateri CR2032 yang baharu.
AMARAN!
Risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang
salah. Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut
arahan yang diberi.
PENTING!
Peremang tanpa wayar adalah untuk kegunaan dalam
sahaja dan boleh digunakan pada penjulatan suhu
daripada 0ºC sehingga 40 ºC.
Jangan tinggalkan peremang tanpa wayar pada cahaya
langsung matahari atau berhampiran sebarang sumber
haba, kerana ia boleh menjadi terlebih panas.
Jangan dedahkan peremang tanpa wayar pada
persekitaran yang basah, lembap dan terlalu berhabuk
kerana ini boleh mengakibatkan kerosakan.
Julat antara peremang tanpa wayar dan penerima diukur
di- tempat yang terbuka.
Bahan binaan yang berbeza-beza dan gantian unit boleh
memberi kesan terhadap julat penyambungan tanpa
wayar ini.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersih peremang tanpa wayar, lap dengan
kain lembut yang dilembapkan dengan sedikit bahan
pencuci yang tidak begitu kuat. Guna kain kering lembut
yang lain untuk mengelap sampai kering.
PERHATIAN!
Jangan guna pembersih pelelas atau pelarut kimia
memandangkan ini boleh merosakkan produk.
DATA TEKNIKAL
Jenis: Peremang tanpa wayar ICTC-G-1
Input: Bateri 3V, CR2032
Julat: 10 m dalam ruang terbuka
Untuk kegunaan dalam bangunan sahaja
Frekuensi pengendalian: 2405-2480Mhz
Kuasa output: 3 dBm
Pengeluar: IKEA of SWEDEN
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan alam
sekitar tempatan untuk pelupusan sampah. Dengan
mengasingkan item bertanda daripada bahan buangan isi
rumah, anda akan membantu mengurangkan jumlah
bunagan yang dihantar ke tapak pelupusan dan
meminimumkan kesan negatif yang berpotensi ke atas
kesihatan manusia serta alam sekitar. Untuk maklumat
lanjut, hubungi gedung IKEA anda.
17