LG X POWER 빠른 시작 매뉴얼 - 페이지 20
{카테고리_이름} LG X POWER에 대한 빠른 시작 매뉴얼을 온라인으로 검색하거나 PDF를 다운로드하세요. LG X POWER 42 페이지.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien (bersambung)
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian
luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti benzena,
pencair atau alkohol).
• Jangan cas peranti di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan yang baik
pengudaraannya.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh menjejaskan maklumat pada
jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek tajam kerana perbuatan
ini boleh merosakkan peranti.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau
kelembapan.
• Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak diperlukan.
6
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan
atau membaiki kaca yang pecah, sumbing atau retak.
Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Peranti anda ialah peranti elektronik yang menghasilkan
haba ketika penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit.
Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga semasa atau
sejurus selepas mengendalikan peranti anda.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba
mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang
mikro atau pengering rambut.
• Cecair dalam peranti basah anda mengubah warna label
produk dalam peranti anda. Kerosakan pada peranti