IKEA 093.963.32 Podręcznik - Strona 22

Przeglądaj online lub pobierz pdf Podręcznik dla Wyposażenie wnętrz IKEA 093.963.32. IKEA 093.963.32 32 stron.

IKEA 093.963.32 Podręcznik

Bahasa Malaysia

Permukaan kerja laras ketinggian elektro-mekanikal dengan
antara muka kawalan untuk melaraskan ketinggian ke atas
dan bawah
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
ke atas dan orang-orang dengan kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan tentang
penggunaan alat melalui cara yang selamat dan memahami
bahaya dilibatkan oleh orang yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak tidak boleh
bermain dengan perkakas ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan
Nasihat dan arahan bagi RODULF
Meja ini hanya boleh digunakan bersama
dengan alat kawalan yang disertakan.
Ia menjadi tanggungjawab setiap orang yang
memasang, menggunakan, membaiki atau
menyeleggara meja ini membaca arahan ini secara
teliti. Simpan arahan ini berhampiran meja duduk/
diri anda.
Arahan pemasangan
• Meja dipasang mengikut arahan pemasangan
yang berasingan.
• Sambungkan kabel dari satu kaki ke kaki yang
lain.
• Sambungkan kabel elektrik ke soket dinding.
NOTA! Kabel elektrik mesti mempunyai pergerakan
sepenuhnya.
• Meja kini sedia digunakan.
• Motor terhenti secara automatik apabila meja
mencapai kedudukan terendah atau tertinggi
Penggunaan meja
• Meja hanya boleh digunakan sebagai meja kerja
yang boleh dilaraskan secara berterusan antara
kedudukan duduk dan berdiri. Meja hanya boleh
digunakan di dalam rumah dan di tempat yang
kering (persekitaran pejabat atau yang serupa) .
Meja tidak boleh terlebih beban - beban
maksimum ialah 80 kg/176 lb. Sistem ini
dapat dikendalikan secara berterusan selama
maksimum 1 minit. Motor mesti berehat
selama lebih kurang 9 minit sebelum ia boleh
digunakan sekali lagi.
PANDUAN PANTAS
Pengesetan semula manual / penggunaan
pertama:
• Lakukan pengesetan semula dengan menekan
butang atas dan bawah secara serentak selama
sekurang-kurangnya 8 saat. Terus menekan
butang dan meja akan bergerak perlahan-lahan
ke titik serendah mungkin. Pengesetan semula
selesai apabila meja berhenti pada titik terendah.
Ikuti arahan ini semasa menyesuaikan
ketinggian meja:
1. Pastikan tidak ada objek yang menghalang julat
penyesuaian ketinggian meja.
2. Untuk mengerakkan meja ke atas atau ke
bawah, tekan butang olah gerak masing-masing
ke atas atau ke bawah.
Tekan butang ke atas dan terus tahan sehingga
mencapai ketinggian permukaan atas meja yang
diinginkan.
22