IKEA BETTORP Podręcznik - Strona 18

Przeglądaj online lub pobierz pdf Podręcznik dla Oświetlenie domowe IKEA BETTORP. IKEA BETTORP 28 stron.
Również dla IKEA BETTORP: Podręcznik (12 strony), Podręcznik (12 strony), Podręcznik (12 strony), Podręcznik (24 strony), Skrócona instrukcja obsługi (12 strony)

IKEA BETTORP Podręcznik

Bahasa Malaysia

Ciri-ciri
Lampu cas semula tanpa wayar.
• Diperakui mengikut spesifikasi Qi 1.2.4 BPP.
• 3 tahap pemalapan: 150lm/60lm/18lm.
• Petunjuk status LED.
Arahan penggunaan
Lampu ini boleh dicas semula dengan pengecas
tanpa wayar. Setelah dicas sepenuhnya, ia boleh
dihidupkan hingga 6 jam.
• Sebelum menggunakan lampu untuk pertama
kalinya, tanggalkan penutup dasar luar dan
tanggalkan penutup kotak bateri.
• Masukkan 4 bateri NiMH 1.2V AA/HR6 (tidak
termasuk) dengan kekutuban yang betul.
• Tutup penutup dan pasangkan kembali penutup
luar pada dasar lampu.
• Pasang terendak di bahagian atas.
• Lampu kini sedia digunakan.
Pengecasan
• Untuk pengecasan tanpa wayar, letakkan peranti
untuk dicas di atas tanda tambah (+) pada
pengecas. Peranti mesti diletakkan terus di atas
tanda tambah (+) pada pengecas agar fungsi
pengecasan berfungsi secara optimum.
• Sekiranya bateri anda habis sepenuhnya, ia
mungkin mengambil beberapa minit sebelum
bateri mula dicas. Ini adalah perkara biasa .
• Petunjuk pengecasan LED pada lampu akan
berselang-seli antara berkelip merah dan hijau
sekiranya jenis bateri salah atau kekutuban yang
salah.
Penunjuk pengecasan LED:
Mengecas: cahaya merah LED malar.
Pengecasan selesai: cahaya hijau LED malar.
Ralat: LED berkelip merah dan hijau
Maklumat memanfaatkan
• Peranti mungkin menjadi hangat semasa
pengecasan. Ini benar-benar normal, dan iia
secara beransur-ansur akan menyejuk semula
setelah ia dicas sepenuhnya.
• Masa pengecasan mungkin berbeza-beza
berdasarkan kapasiti bateri peranti, tahap
pengecasan, usia bateri dan suhu di kawasan
sekitarnya.
• Suhu penyimpanan: -20°C hingga 25°C.
• Suhu kendalian: 0°C hingga 40°C.
Arahan penjagaan
Untuk membersihkan produk, lap dengan kain
lembut yang dilembapkan dengan sedikit serbuk
pencuci yang tidak kuat. Gunakan kain kering
lembut yang lain untuk mengelapnya sehingga
kering.
Catatan!
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih pelelas
atau pelarut kimia kerana ini boleh merosakkan
produk.
Simpan arahan ini untuk penggunaan pada
masa hadapan.
AMARAN:
• Hanya gunakan produk di lokasi kering.
• Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan
mereka tidak bermain dengan produk.
• Jangan dedahkan produk pada persekitaran
basah, lembap atau terlalu berdebu kerana ini
boleh menyebabkan kerosakan pada unit.
• Sekiranya produk itu rosak, ia mesti dibuang.
• Hanya untuk digunakan dengan pengecas yang
diperakui Qi.
Perkhidmatan produk
Jangan cuba membaiki produk ini sendiri.
Sekiranya anda membuka atau mengeluarkan
bahagian, anda mungkin akan terdedah kepada
titik voltan berbahaya atau risiko lain.
Jenis bateri yang dicadangkan:
4 x IKEA LADDA 2450 (AA/HR6, 1.2V, 2450mAh, Ni-
MH) (tidak termasuk) .
Gunakan hanya bateri jenis Ni-MH.
Jangan gunakan Alkali, Zink Karbon atau jenis
bateri lain yang serupa.
Jangan campurkan bateri daripada kapasiti, jenis
atau cap tarikh yang berlainan .
Keluarkan bateri jika produk hendak disimpan
lama atau sebelum dilupus.
Data Teknikal
Jenis: E2022 BETTORP
Input: 5.0V DC/4 x 1.2V AA /HR6 Ni-MH
Anggaran masa pengecasan: 4-5 j
Anggaran masa bateri:
6 jam pada kecerahan 100 %
Kecerahan: 150lm/60lm/18lm
Penggunaan dalam bangunan sahaja
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat:
Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
18