LG X POWER Manual de início rápido - Página 18

Procurar online ou descarregar pdf Manual de início rápido para Telemóvel LG X POWER. LG X POWER 42 páginas.

LG X POWER Manual de início rápido
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien (bersambung)
gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua
orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dalam keadaan peranti memancar pada aras kuasa
tertinggi yang diperakui dalam semua jalur frekuensi
yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model peranti LG, semuanya telah direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang relevan
bagi pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa,
4
iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini yang diuji untuk
penggunaan di telinga ialah 0.768 W/kg (10 g) dan
apabila dipakai pada badan ialah 1.400 W/Kg (10 g).
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian
pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-
kurangnya 5 mm dari badan anda. Untuk memindahkan
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan
jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.