3M 8210 Instruções para o utilizador - Página 14

Procurar online ou descarregar pdf Instruções para o utilizador para Produto respiratório 3M 8210. 3M 8210 18 páginas. N95 particulate respirator
Também para 3M 8210: Ficha de dados técnicos (3 páginas), Instruções para o utilizador (8 páginas)

3M 8210 Instruções para o utilizador
3
Partikulat Respirator, N95
PENTING
Sebelum menggunakannya, pengguna mesti membaca dan memahami Arahan Penggunaan. Simpan arahan ini sebagai rujukan.
Penggunaan
Partikulat yang terhasil daripada kerja-kerja mengasah, mengisar, menyapu, menggergaji, mengampit (bagging) atau kerja-kerja pemprosesan bahan
galian, arang batu, bijih besi, tepung, logam, kayu, debunga dan bahan-bahan lain yang tertentu. Cecair atau zarah-zarah tidak berasaskan minyak
hasil dari penyemburan yang tidak menghasilkan aerosol berminyak atau wap kimia. Patuhi semua peraturan-peraturan /undang-undang tempatan
yang berkenaan. Untuk keterangan lanjut berkenaan cadangan penggunaan 3M bagi respiator kelas ini, sila rujuk kepada Panduan Pemilihan 3M
Respirator yang boleh didapati di laman web www.3M.com/PPESafety atau menghubungi 603-7884 2888.
Jangan Digunakan Untuk
Jangan digunakan bagi perlindungan gas dan wap kimia, aerosol berminyak, asbestos atau membagas pasir; kepekatan zarah-zarah yang melebihi
10 kali had pendedahan yang dibenarkan atau undang-undang kerajaan yang berkenaan, yang mana lebih rendah. Di Amerika Syarikat, jangan
digunakan untuk bahan spesifik standard OSHA seperti arsenik, kadmium, plumbum di tapak pembinaan, 4,4'-methylene dianiline (MDA), lain-lain
jenis perlindungan respirator. Respirator jenis ini tidak memberi bekalan oksigen.
Partikulat Biologi
Respirator ini boleh membantu mengurangkan pendedahan pernafasan terhadap partikulat biologi tertentu (contoh mold, Bacillus anthracis,
Mycobacterium tuberculosis, dan sebagainya) tetapi tidak menyingkirkan risiko daripada jangkitan, kesakitan atau penyakit. OSHA dan agensi-agensi
kerajaan yang lain belum menentukan had pendedahan yang selamat bagi partikulat biologi tersebut.

Arahan Penggunaan

1. Kegagalan mematuhi semua arahan dan had penggunaan tentang kegunaan respirator dan/atau kegagalan untuk memakai respirator sepanjang
masa pendedahan boleh mengurangkan keberkesanannya dan boleh menyebabkan kesakitan atau kematian.
2. Di Amerika Syarikat, sebelum penggunaan respirator ini di tempat pekerjaan, program perlindungan respirator secara bertulis mesti dilaksanakan
untuk mematuhi semua keperluan OSHA 29 CFR 1910.134, seperti latihan, fit testing, penilaian perubatan, dan bahan spesifik standard OSHA. Di
Canada, CSA keperluan Standard Z94.4 mesti dipatuhi atau mana peraturan yang berkenaan. Patuh semua peraturan tempatan yang berkenaan.
3. Partikulat yang berbahaya terhadap kesihatan termasuk partikulat yang halus dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
4. Tinggalkan kawasan yang tercemar dengan segera dan hubungi penyelia jika terasa pening, tidak selesa atau sukar bernafas.
5. Simpan respirator ini jauh dari kawasan yang tercemar jika tidak digunakan.
6. Periksa respirator sebelum digunakan bagi memastikan ia dalam keadaan yang baik. Periksa setiap bahagian respirator untuk tanda-tanda seperti
kerosakan pada pengikat tali kepala, bahagian pengikat tali pada respirator, foam hidung dan klip hidung. Respirator mestilah dimusnahkan
dengan segera sekiranya pemerhatian dengan kerosakkan atau kehilangan mana-mana bahagian respirator. Respirator ini perlu diperiksa
sebelum digunakan untuk memastikan tiada lubang pada zon pernafasan selain dari puncture pada bahagian staple dan tiada kerosakkan.
Pembesaran lubang akibat kekoyakan pada respirator di sekitar puncture staples adalah dianggap sebagai kerosakkan. Gantikan respirator yang
baru dengan segera sekiranya sebarang kerosakkan diperhatikan. Lubang staples tidak menjejaskan kelulusan NIOSH (Untuk 8110S sahaja).
7. Lakukan ujian kedapan udara pengguna "User Seal Check" sebelum penggunaan mengikut bahagian arahan pemakaian. Sekiranya anda tidak
dapat mencapai kedapan yang sempurna, jangan gunakan respirator ini.
8. Sila buangkan produk yang digunakan mengikut peraturan yang berkenaan.
Had Penggunaan
1. Respirator ini tidak memberi bekalan oksigen. Jangan gunakannya di atmosfera yang mengandungi kurang daripada 19.5% oksigen.
2. Jangan guna respirator ini jika kepekatan bahan pencemar adalah medekati/melebihi tahap "immediately dangerous to life and health",
kepekatan yang tidak diketahui atau apabila kepekatan melebihi 10 kali Had Pendedahan yang Dibenarkan (PEL) atau mana-mana undang-
undang yang berkenaan, yang mana lebih rendah.
3. Jangan mengubahsuai, basuh atau menyalahgunakan respirator ini.
4. Pastikan bahawa tiada janggut, jambang atau rambut muka atau sebarang keadaan yang boleh mengganggu kekedapan udara antara permukaan
muka dengan permukaan respirator.
5. Respirator boleh membantu melindungi paru-paru anda daripada bahan pencemar tertentu. Respirator ini tidak halang pendedahan pencemar dari
cara lain seperti menerusi kulit, di mana kelengkapan perlindungan diri (PPE) tambahan diperlukan.
6. Respirator ini digunakan bagi tujuan semasa bekerja, digunakan oleh dewasa yang telah dilatih dari segi penggunaan dan juga had-had
penggunaannya. Respirator ini bukan direka bagi kegunaan kanak-kanak.
8210Plus/8210PlusMX/
8210/8210MX/07048/8110S
1
MS
(Malay)
Arahan Penggunaan