Electrolux ZVE 4110FL Руководство по эксплуатации - Страница 16

Просмотреть онлайн или скачать pdf Руководство по эксплуатации для Пылесос Electrolux ZVE 4110FL. Electrolux ZVE 4110FL 40 страниц. Ergoclean bagless

Electrolux ZVE 4110FL Руководство по эксплуатации
MEMASANG PEMBERSIH VAKUM
BERMULA: MEMASANG ERGOCLEAN
1. Periksa sama ada terdapatnya bekas habuk.
2. Untuk menyambung hos ke dalam alur masuk
sedutan, tekannya sehingga ia berbunyi klik.
Untuk memutuskan sambungan hos daripada
alur masuk sedutan, tekan butang di hujung hos
dan tarik keluar dari pembersih.
3. Pasangkan tiub teleskopik kepada pemegang
hos dan nozel lantai dengan menekan dan
memutar secara serentak. Putar dan tarik ke arah
berlawanan untuk membukanya.
4. Tarikkan kabel dan sambungkan ke bekalan
kuasa utama. Pembersih terdapat kord, sentiasa
putar balik dan pastikan agar kord tidak
terputar-belit sebelum guna. (Tekan pedal untuk
putar balik. Perhatian: Pegang palam untuk
mengelakkannya daripada terhentak pada anda
atau mesin).
Indikator penapis: sebelum mula membersih,
pasangkan palam pembersih dan hidupkannya
(tanpa memasang hos kepada pembersih).
Jika indikator berwarna merah, bersihkan penapis.
Jika indikator tidak berwarna, pasangkan hos
dan semua pemasangan yang lain dan mulakan
pembersihan.
*Model-model tertentu sahaja
5. Tekan butang Hidup/Padam untuk mengaktifkan
pembersih.
6. Dengan menggerakkan kawalan kuasa boleh
ubah, kuasa penyedutan boleh dilaraskan.
Penyedutan juga boleh dilaraskan pada
pemegang hos melalui injap gelongsor buka/
tutup.
DAPATKAN HASIL PEMBERSIHAN
TERBAIK
Pembersih vakum dilengkapkan dengan beberapa
nozel dan aksesori. Baca kandungnan di bawah
untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Nozel debu DUST PRO
Ideal untuk membersihkan karpet dan semua jenis
lantai keras. Untuk membersihkan karpet, jalur
berus seharusnya dalam kedudukan tertarik balik.
Untuk menarik balik jalur berus, tekan pedal di atas
nozel.
Untuk membersihkan lantai keras, lepaskan pedal
untuk menurunkan jalur berus untuk pembersihan
lembut.
Nozel lantai keras*
Gunakan nozel lantai keras untuk kawasan
lantai keras yang lebih besar untuk memastikan
pembersihan yang lembut dan bebas daripada
calar.
15.