IKEA SULTAN ALSVAG Руководство - Страница 35
Просмотреть онлайн или скачать pdf Руководство для Внутренняя отделка IKEA SULTAN ALSVAG. IKEA SULTAN ALSVAG 44 страницы.
Также для IKEA SULTAN ALSVAG: Руководство (24 страниц)
BAHASA MALAYSIA
DOKUMEN ARAHAN MENGENAI KATIL
SULTAN ALSVÅG
Pengeluar: IKEA of Sweden
Kelas perlindungan: IP 2O
Kelembapan relatif yang disyorkan: 30%
-75%
Suhu persekitaran yang disyorkan: +10° -
+40°C
Setiap pengguna produk ini perlu membaca
arahan ini dengan berhati-hati.
Maklumat umum
Katil beroperasi menggunakan motor
elektrik.
Katil boleh diselaraskan menggunakan alat
kawalan jauh.
Bahagian kepala dan kaki diselaras secara
berasingan.
Motor berhenti secara automatik pada
kedudukan hujung bahagian atas/bahagian
bawah.
Katil yang terlebih muatan dilindungi oleh
fius suhu.
Arahan pemasangan
Sambungkan pengubah dan alat kawalan
jauh kepada motor. Sebagai pelega tekanan
kepada plag, kabel elektrik perlu dipasang
ke panduan kabel seperti yang ditunjukkan
pada gambarajah 3.
Pasang plag ke soket di dinding.
Letakkan kabel elektrik agar ia terlindung
daripada kerosakan.
Terdapat ruang agar kabel elektrik dapat
digerakkan dengan bebas.
Arahan penggunaan
Katil hanya perlu digunakan sebagai katil
yang boleh diselaraskan tanpa had pada
bahagian kepalanya dan kakinya, secara
berasingan atau bersama.
Untuk menyelaras kedudukan katil ke atas/
ke bawah. tekan butang yang menunjukkan
anak panah ke atas/ke bawah pada alat
kawalan jauh.
Katil kekal pada kedudukan yang diingini
semasa butang dilepaskan.
Jangan selaraskan katil ke atas dan ke
bawah secara berulang-ulang.
Jika katil terlebih muatan, motor akan
berhenti. Tunggu sebentar dan kemudian
cuba lagi. Katil perlu diletakkan beserta
ruang di sekelilingnya. Jika bekalan kuasa
terputus kedua-dua bahagian kepala dan
kaki boleh diturunkan secara manual.
Untuk arahan sila gambarajah 4. Untuk
menggunakan semula selepas diturunkan
secara manual, sila lihat gambarajah 5.
Arahan keselamatan
Jangan duduk atau berdiri pada bahagian
kepala dan kaki kecuali katil dalam
kedudukan mendatar, lihat gambarajah 6.
Menyelaraskan katil ke atas atau ke bawah
adalah dikaitkan dengan bahaya tersepit.
Untuk meminimumkan risiko ini, sila ikut
langkah-langkah berikut:
Jarak di antara kepala dan objek kekal di
sekelilingnya adalah perlu (meja sisi katil,
ambang jendela dan lain-lain) kerana
jarak seminimum 12 sm (4 3/4") untuk
mengelakkan risiko lengan tersepit dan
jarak seminimum 50 sm (19 3/4") untuk
mengelakkan risiko tersepit bahagian badan
yang lain. Untuk menghindari risiko tersepit
yang lain, mestilah terdapat jarak yang
mencukupi dengan objek disekitarnya.
Semasa menyelaraskan katil ke atas atau ke
bawah, pengguna perlu berhati-hati untuk
mengelakkan kecederaan kepada orang lain
dan kerosakan pada barangan di sekitarnya.
Pastikan soket di dinding pada kedudukan
yang mudah digunakan.
Peralatan tidak boleh digunakan oleh kanak-
kanak atau orang yang kurang keupayaan
daya fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka mendapat seliaan atau arahan.
Semasa katil tidak digunakan,
pastikan kanak-kanak tidak bermain
dengan peralatan. Katil tidak boleh
diubah, ditambah atau dibina semula.
Pengubahsuaian pada sistem elektriknya
langsung tidak dibenarkan. Jika kabel
bekalan elektriknya rosak atau katil tidak
berfungsi, hubungi IKEA yang berdekatan
melalui telefon atau www.IKEA.com.
Katil patut dilindungi dari kelembapan dan
tidak sepatutnya didedahkan pada sinaran
matahari untuk jangka masa yang lama.
Mengendalikan alat kawalan jauh
Fungsi katil diaktifkan dengan menekan
butang pada alat kawalan jauh. Lihat
gambar rajah 7.
Jika katil tidak digunakan, alat kawalan jauh
hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak.
35