Epson L3150 Series Краткое руководство - Страница 22

Просмотреть онлайн или скачать pdf Краткое руководство для Принтер "все в одном Epson L3150 Series. Epson L3150 Series 48 страниц.
Также для Epson L3150 Series: Краткое руководство (48 страниц), Начните здесь (4 страниц), Краткое руководство (40 страниц), Краткое руководство (48 страниц), Краткое руководство (36 страниц)

Epson L3150 Series Краткое руководство
Siri L3100 / Siri L3110

Arahan Keselamatan Penting

O Gunakan kord kuasa yang disertakan dengan pencetak sahaja. Penggunaan kord lain boleh menyebabkan
kebakaran atau renjatan elektrik. Jangan gunakan kord dengan sebarang peralatan lain.
O Pastikan kord kuasa AC anda memenuhi standard keselamatan tempatan yang berkaitan.
O Jangan cuba untuk menservis pencetak dengan sendiri kecuali seperti yang dihuraikan secara khusus
dalam dokumentasi ini.
O Jangan biarkan kord kuasa rosak atau berbulu.
O Letakkan pencetak berhampiran soket dinding yang membolehkan kord kuasa dicabut dengan mudah.
O Jangan letakkan atau simpan produk di luar rumah, berhampiran kotoran atau habuk yang berlebihan,
air, sumber haba atau di lokasi yang terdapat hentakan, getaran, suhu atau kelembapan yang tinggi.
O Berhati-hati untuk tidak menumpahkan cecair pada produk dan tidak mengendalikan produk dengan
tangan yang basah.
O Simpan botol dakwat dan unit tangki dakwat daripada capaian kanak-kanak dan jangan minum
dakwat.
O Jangan goncang botol dakwat terlalu kuat atau mengenakan impak yang kuat kerana ini boleh
menyebabkan dakwat bocor.
O Pastikan botol dakwat disimpan menegak dan jangan dedahkannya kepada impak atau perubahan
suhu.
O Sekiranya dakwat terkena pada kulit anda, basuh kawasan tersebut sehingga bersih dengan
sabun dan air. Sekiranya dakwat masuk ke dalam mata anda, bilas segera dengan air. Sekiranya
ketidakselesaan atau masalah penglihatan berterusan selepas membilas, sila berjumpa doktor dengan
segera. Sekiranya dakwat masuk ke dalam mulut anda, sila berjumpa doktor dengan segera.
Panduan Panel Kawalan
Butang
Menghidupkan atau mematikan pencetak.
Memulakan salinan monokrom atau warna pada kertas biasa bersaiz A4. Untuk meningkatkan
bilangan salinan (sehingga 20 salinan), tekan butang ini dalam masa 1 saat.
Menghentikan operasi semasa. Tekan terus butang ini selama 5 saat sehingga butang
berkelip untuk menjalankan pembersihan kepala cetak.
22