IKEA UPPSPEL 394.301.98 Hızlı Başlangıç Kılavuzu - Sayfa 28
İç Mekan Mobilyaları IKEA UPPSPEL 394.301.98 için çevrimiçi göz atın veya pdf Hızlı Başlangıç Kılavuzu indirin. IKEA UPPSPEL 394.301.98 40 sayfaları.
Bahasa Malaysia
Satu permukaan kerja ketinggian boleh laras
elektro-mekanikal dengan kawalan antara
muka untuk melaraskan ketinggian ke atas dan
ke bawah. Perkakas ini ini boleh digunakan
oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas
dan mereka yang kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang pengalaman
dan pengetahuan jika mereka telah diberi
pengawasan atau arahan tentang penggunaan
perkakas ini melalui cara yang selamat dan
memahami bahaya terlibat oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka.
Kanak-kanak tidak boleh bermain
dengan perkakas ini. Pembersihan
dan penyelenggaraan pengguna tidak
boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
Meja duduk dan diri elektrik
Makluman dan arahan untuk UPPSPEL
Input:
220-240VAC, 50/60Hz
Penggunaan kuasa tunggu sedia:
<0.1 W.
Aras bunyi:
Lebih rendah daripada 55 dB(A).
Selang penetapan ketinggian:
72-120 cm/28.3-47.2 inci.
Beban maksimum:
70kg/154 paun.
Selang suhu semasa penggunaan:
+50 hingga +104 °F/+10 °C hingga +40 °C.
Selang suhu semasa penyimpanan:
0 hingga 158 °F/-18 °C hingga 70 °C.
Kelembapan:
20% hingga 80% pada suhu 104 °F/40 °C.
Unit bekalan kuasa:
24.0V DC, 240 W.
Perkakas ini hanya boleh digunakan bersama dengan unit bekalan kuasa
yang disertakan.
Setiap orang yang bertanggungjawab untuk meja ini semasa pemasangan atau
penggunaan meja dalam penggunaan harian atau dalam kerja perkhidmatan
dan pembaikan harus membaca arahan ini dengan teliti. simpan arahan ini
berhampiran meja duduk/diri anda.
Arahan pemasangan
•
Meja dipasang mengikut arahan pemasangan yang berasingan.
•
Sambungkan kabel elektrik ke sumber kuasa.
NOTA! Kebolehgerakan kabel elektrik hendaklah sepenuhnya.
•
Meja kini sudah sedia digunakan. Motor berhenti secara automatik apabila
meja masing-masing mencapai kedudukan terendah dan tertinggi.
Penggunaan
•
Meja hanya boleh digunakan sebagai meja permainan digital dengan
kemungkinan untuk terus melaraskan ketinggian kerja antara posisi duduk
dan berdiri.
•
Meja hanya boleh digunakan di dalam dan di tempat yang kering
(persekitaran pejabat atau yang serupa) .
Meja tidak boleh terlebih beban iaitu beban maksimum ialah 70KG/154lbs.
Sistem boleh berjalan secara berterusan selama maksimum 2 minit. Selepas
itu, motor hendaklah melahu selama lebih kurang 18 minit sebelum ia boleh
digunakan lagi.
28
PANDUAN PANTAS
Ikuti arahan ini semasa melaraskan ketinggian meja:
1. Pastikan tiada objek yang menghalangi meja.
2. Untuk menggerakkan meja ke atas/bawah, tekan butang anak panah masing-
masing ke atas dan ke bawah.
3. Paparan akan terpadam apabila tidak digunakan selama kira-kira 10 saat.
Tekan sebarang butang untuk menghidupkan pengawal.
Peraturan keselamatan
•
Semasa meja bergerak ke atas/bawah, jaga jarak keselamatan yang perlu
untuk mengelakkan risiko terhimpit antara bahagian atas meja yang bergerak
dan objek kekal di kawasan sekitarnya.
•
Semasa meja bergerak ke atas/bawah, pengguna harus memastikan bahawa
tidak ada yang cedera dan tidak ada objek yang rosak. Bahagian atas meja
tidak boleh bertembung dengan objek kekal, yang akan menyebabkan meja
terbalik. Selalu alihkan kerusi sebelum meja digerakkan ke atas/bawah.
•
Tripod meja tidak boleh diubah atau dibina semula melalui cara apapun.
Semasa kerja-kerja servis dan pembaikan meja dilakukan, kabel elektrik mesti
sentiasa terputus dari sumber kuasa.
•
Pengubahsuaian pada kaki dilarang sama sekali!
•
Meja tidak boleh digunakan sebagai peranti angkat untuk orang.
Arahan penyelenggaraan dan pembaikan
•
Selepas kira-kira 1 minggu penggunaan, periksa yang skru diketatkan dengan
betul.
•
Sekiranya meja tidak dapat diturunkan atau dinaikkan, periksa yang semua
sambungan elektrik disambungkan dengan betul.
•
Sekiranya mana-mana bahagian sistem elektrik diganti, kabel elektrik mesti
diputuskan terlebih dahulu dari sumber kuasa. Ganti bahagian elektrik
dan kemudian sambungkan kabel elektrik ke sumber kuasa. Meja kini siap
digunakan.
Sekiranya meja masih tidak berfungsi, sila hubungi gedung atau perkhidmatan
pelanggan IKEA terdekat anda.
Pengilang:
IKEA Sweden AB
Alamat:
Box 702, SE-343 81 ÄLMHULT
SIMPAN ARAHAN INI
Servis produk
Jangan cuba membaiki produk ini sendiri kerana membuka atau menanggalkan
penutup pelindung boleh mendedahkan anda kepada titik voltan berbahaya atau
risiko lain.