IKEA 093.963.32 Посібник - Сторінка 23

Переглянути онлайн або завантажити pdf Посібник для Внутрішнє оздоблення приміщень IKEA 093.963.32. IKEA 093.963.32 32 сторінки.

IKEA 093.963.32 Посібник
Tekan butang ke bawah dan terus tahan sehingga
mencapai ketinggian permukaan meja yang
diinginkan.
Untuk mengakses lejang penuh
• Lepaskan butang bawah pada titik selamat
terendah dan kemudian tekan butang bawah lagi
selama 5 saat. Meja akan bergerak ke ketinggian
terendah mekanikal untuk mendapat akses
lejang penuh.
Memori ringkas
• Untuk menetapkan kedudukan memori/akhir:
• Gerakkan meja anda ke paras yang ingin anda
simpan.
• Tekan kedua-dua butang tiga kali (0.5-1 saat
antara setiap penekan) .
• Kemudian tekan "atas" atau "bawah" untuk
menetapkan kedudukan (0.5-1 saat) .
• Lakukan perkara yang sama untuk tetapan
tersimpan kedua anda.
Pengesanan pelanggaran
• Sistem ini direka bentuk untuk mengelakkan
kemungkinan kerosakan pada peralatan akibat
perlanggaran.
Apabila meja mengesan perubahan rintangan
secara tiba-tiba, ia akan menghentikan
pergerakan dan mengundur kira-kira 50mm.
Pergerakan 25mm untuk mengaktifkan pada
kedua-dua arah.
Peraturan keselamatan
Semasa meja dinaikkan/diturunkan, jaga jarak
keselamatan yang perlu bagi mengelakkan
daripada terperangkap di antara bahagian atas
meja yang bergerak dan objek tetap di kawasan
sekitarnya.
• Semasa meja dinaikkan/diturunkan pengguna
harus berjaga-jaga agar tidak ada yang cedera
atau tidak ada objek yang rosak. Bahagian atas
meja tidak boleh berlanggar dengan objek tetap
sekiranya ia terbalik. Alihkan sebarang kerusi
pejabat pada setiap kali sebelum meja dinaikkan/
diturunkan.
• Kaki meja tidak boleh diubah atau dibina semula
melalui apa cara sekalipun. Semasa kerja-kerja
selenggaraan dan pembaikan meja, kabel
elektrik mesti selalu dinyahsambung dari soket
dinding.
• Pengubahsuaian pada kaki sama sekali dilarang.
• Meja tidak boleh digunakan sebagai alat
pengangkat orang.
Arahan penyelengaraan dan pembaikan
Setelah digunakan kira-kira 1 minggu, periksa
bahawa skru diketatkan dengan betul.
• Sekiranya meja tidak dapat diturunkan atau
dinaikkan, periksa sambungan antara kotak
kawalan dan soket dinding.
• Sekiranya mana-mana bahagian sistem
elektrik perlu diganti, kabel elektrik mesti
dinyahsambung terlebih dahulu dari soket
dinding.
• Ganti bahagian elektrik dan kemudian
sambungkan semula kabel elektrik ke soket
dinding. Meja kini sedia digunakan.
Sekiranya meja masih tidak berfungsi, sila hubungi
gedung IKEA terdekat anda atau perkhidmatan
pelanggan.
Senggara produk
Jangan cuba membaiki produk ini sendiri kerana
membuka atau menanggalkan penutup boleh
mendedahkan anda kepada voltan berbahaya atau
risiko lain.
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
No telefon: +46 (0) 476-648500
SIMPAN ARAHAN INI
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
23